Bismillahirrahmanirrahim dan selawat serta salam untuk Junjungan baginda dan ahli bait.
Merawat
cara jarak jauh saya lakukan bila keadaan terdesak sahaja yakni bila
pesakit dalam koma, pesakit berada dalam ICU atau pesakit berada jauh
tetapi ahli waris datang menemui untuk tujuan ini. Ada ketika saya
lakukan rawatan makriat dalam diam memandangkan pesakit atau waris
sememangnya tidak mempercayai kaedah ini dan pertolongan ini saya
lakukan kerana Allah Taala jua.
Bayi baru lahir di sahkan jantung berlubang
Bayi
ini merupakan anak saudara saya namun ibunya seorang staff nurse dan
bekerja di Pusat Perubatan Glenneagle manakala ayahnya adalah Juru
Farmasi, pakar dalam ujian darah, tidak begitu mempercayai kaedah
rawatan Islam apatah lagi kaedah kebatinan makriat. Ibunya berkali-kali
menyuruh agar meminta saya melakukan rawatan kaedah makrifat namun
beliau mendiamkan diri.
Menurut doktor yang merawat bayi ini,
bayi ini memerlukan tempoh sebulan untuk di rawat bagi memastikan
jantungnya stabil. Walaupun sibapa mempunyai masalah kewangan namun
beliau lebih sanggup mencari wang dan membayarnya kepada pihak hospital
daripada berubat menggunakan kemukjizatan al Quran.
Kalau
diikutkan hati, saya tidak akan melayani karenah mereka yang merendahkan
martabat Tuhan. Allah Tuhan yang maha Esa maha berkuasa atas
segala-galanya dan Dia akan mengizinkan keajaiban berlaku kepada hamba
yang di redhai Nya melalui tangan para penyembuh spiritual. Mertua saya
mendesak saya agar melakukan sesuatu yakni cara rawatan jarak jauh untuk
cucunya ini dan jangan pedulikan pemikiran anak menantunya yang dah
teracun dengan sistem perubatan barat yang nyata sesat dan menyesatkan.
Saya
lembutkan hati dan tenangkan fikiran dengan solat. Biarlah keikhlasan
menjelma terlebih dahulu agar usaha yang dilakukan mendapat keredhaan
Nya. Selesai solat, berwirid dan berzikir dan kedudukan masih di atas
tikar sejadah, saya memulakan gerak makrifat dari Kaedah Penyembuhan
Tapak Tangan dan Kaedah Penyembuhan Sunan Kalijaga. Di susuli dengan doa
Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi dan Ismullah Al A`dzham , saya
bermunajat agar Allah SWT mengabulkan doa saya dan menggerakkan kedua
tangan saya melakukan terapi makrifat keatas bayi yang saya bayangkan
berada di hadapan saya. Dia menggerakkan tangan saya yang tertempel nama
Nya Al Fatah (Maha Pembuka) - yakni menyalurkan energi/aura/gelombang
pemusnah ke kepala bayi ini (ubun-ubun) menerobos ke setiap urat saraf
bagi membuka setiap sumbatan dan memastikan perjalanan darah berjalan
lancar bagi memastikan kesempurnaan jantung bayi ini berfungsi seperti
asal kejadian ciptaan Ilahi, ciptaan yang sempurna.
Gerakan kedua
dari tangan yang tertempel nama Nya Al Muntaqim (Maha Penyeksa) ,
menyalurkan energi dari percikan gelombang api neraka yang membakar
penyakit di bahagian jantung dan membakar jin dan syaitan yang menyekat
perjalanan darah sehingga kesempurnaan ciptaan jantung bayi ini belum
sesempurna mengikut jadual takdir asalnya.
Rawatan ini saya
lakukan selama 7 hari berturut-turut dan hasilnya doktor membenarkan
bayi ini pulang selepas mengesahkan keadaan jantung bayi ini sudah
stabil iaitu lubang dijantung tertutup sendiri dalamasa 7 hari. Tempoh
sebulan yang di beri oleh pihak hospital di singkatkan kerana mereka
tiada apa-apa lagi rawatan yang perlu di lakukan kerana jantung
berlubang sudah kembali normal.
Pesakit Stroke di ICU
Saya
di datangi seorang lelaki menanyakan bolehkan pesakit di rawat secara
jarak jauh. Menurut lelaki ini, pesakit itu adalah isterinya dan beliau
tiba-tiba sahaja mendapat stroke tanpa ada tanda-tanda awal. Isterinya
adalah seorang peniaga kedai makanan dan beliau adalah peniaga yang
mula-mula berniaga di tapak bangunan kedai itu sebelum beberapa lagi
peniaga makanan lain mula berniaga.
Kemudian lelaki ini
memberitahu bahawa adiknya yang selalu berjumpa saya untuk belajar dan
kerap membawa pesakit-pesakit lain yang menyuruh beliau berjumpa saya.
Memandangkan pesakit baru sahaja diserang penyakit stroke ini dan berada
di ICU, saya mendoakan air penawar untuk di sapu pada anggota yang
sakit dan minum.
Tiga hari selepas itu, mereka suami isteri
datang kerumah saya dalam keadaan isterinya kesakitan tercekik. Mereka
sebenarnya datang dari Port Dickson , bersantai di sana untuk berendam
dalam pasir mengikut petua orang yang kena stroke. Isterinya pulih
setelah meminum air penawar yang saya bekalkan dan di sapu di anggota
sakit. Kebetulan mereka singgah di Carrefour Ampang untuk makan
tengahari dan semasa makan lah si isteri tercekik. Pada firasat saya,
dia bukak tercekik tetapi di cekik oleh makhluk halus.
Penyakit
stroke adalah akibat dari jin yang bernama Rihul Ahmar dan apabila jin
sudah di usir dari tubuh dengan air penawar, pulih la badan. Air penawar
adalah ubat paling mustajab kerana ia mudah dan cepat sebati dengan
tubuh kerana komposisi tubuh pun adalah 70% terdiri dari air. Air yang
di doakan ibarat asid bagi jin dan syaitan, sekiranya mereka kekal duduk
di saluran darah, mereka akan kesakitan dan cedera teruk dengan hanya
air. Panduan saya paling mudah sesudah pesakit sembuh iaitu kekalkan
diri berada didalam keadaan berwuduk dan zikir atau selawat yang tidak
putus-putus, bukannya susah kalau mahu pendinding diri tapi sebenarnya
itu yang paling susah orang nak lakukan.
Pesakit hanya duduk di
kerusi menahan kesakitan sambil menangis seperti kanak-kanak. Saya
hanya meletakkan tangan kanan di ubun-ubun dan tangan kiri di bahagian
leher, berniat, makriat dan zikir. Dalam 10 minit, pesakit nampak segar,
kesakitan hilang serta merta dan beliau tidak menangis lagi. Pada saya
jelas lagi nyata, kalau selepas diterapi dengan gelombang Nur Syifa ini,
kesakitan hilang serta merta atau penyakit beransur baik maka yang
menjadi penyakit itu adalah akibat kemasukan jin dan syaitan kedalam
tubuh yang mengganggu sistem tubuh.
Banyak orang berkata,
sikit-sikit jin, asyik-asyik jin. Dah memang kerja dia, kan Iblis
meminta tangguh sampai hari kiamat untuk mengganggu anak Adam ni. Yang
jarang kena penyakit apa pun terutama penyakit jantung adalah ahli zikir
dan sentiasa kekal dalam berwudu. Mungkin yang tak percaya penyakit
gangguan jin ini adalah manusia soleh yang macam ni lah. Hati dia
sentiasa ingat Allah dan keje dia asyik nak solat aje.
Bila dapat
berbicara, si isteri menceritakan bahawa dia syak sakit yang dia
tanggung adalah akibat permainan sihir. Apa itu sihir?
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar