Assalamualaikum ...
Kita semua memang,secara umumnya,
mengetahui kelebihan Al fatihah yang menjadi ibu Al Quran. Tetapi
kelebihan yang kecil-kecil , memang masih banyak yang menarik untuk kita
perdalami. contohnya dalam perubatan berdasarkan wali sembilan, mereka
merawat dengan pesakit dengan membaca Al fatihah sahaja. Mengkin perkara
ini, pada hari ini, melucukan tetapi itulah realiti keistimewaan mereka
mereka yang soleh zaman lampau.
Sekiranya kita memerhatikan
benar-benar amalan mereka memang menggerunkan kita. bilamana mereka
telah berniat untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui perubatan,
mereka saban malam berzikir al fatihah berulang kali tanpa henti-henti ,
dengan bilamana tiba kepada ayat :
إياك نعبد وإياك نستعين
mereka terus berniat di tunaikan hajat mereka untuk menyembuhkan sakit pesakit.
ada juga guru-guru mereka yang soleh mengajar berdoa bilamana tiba pada ayat:
إهدنا الصراط المستقيم
mereka terus berniat di sembuhkan penyakit
Bayangkan
kesungguhan mereka yang tinggi, walaupun dengan amalan yang kita
katakan pada hari ini cukup mudah, datanglah keberkatan yang akhirnya
membawakan amalan mereka kepada mustajab.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar